Tuesday, August 16, 2011

explorace bulan puasa~

Assalamualaikum..

hye.. =).. hari ni da masuk hari ke 17 puasa.. semoga bulan mulia ni dapat sesuatu perubahan yang positif dalam diri.. Amin~

Explorace bulan puasa? hehe.. apa tuh? haa.. harini ada game outdoor yang dirancang oleh our lecturer Madam faiz.. dia perempuan okayh.. tapi kitorang pon pernah buat mistake sebab nama dia yang faiz tuh ingatkan lelaki tetapi perempuan sebab? Faiz is short name from Faizah.. =)

Madam Faiz ni ajar subject authoring.. hehe.. macam biasa aku lupa nama penuh subject nieyh.. haha~ maaf2.. aku dapat satu team dengan Nurul, Alya, Fairuz, Fiza and seorang lelaki bernama ahchoy a.k.a hafiz.. kumpulan aku kumpulan kuning.. =)

Bila dapat jek first clue kitorang terus keluar dari lab computer and berpecah untuk dapatkan maklumat tuh.. =) berpusing2 lah kitorang mencari nasib baiklah sampai floor 2 jerk.. and sekitar building.. kalau tak memnag jenuh laa nak cari clue sampai level 4..

Bila da dapat cari clue yang terakhir kitorang terduduk kat tepi kelas sambil tercungap kepenatan.. hahaha~.. "aku puasa laaaaaaa~" cis... hehe~ apa clue yang kitorang cari? bila puas berfikir ahchoy menjana idea nieyh mungkin no plate kereta... tapi no plate kereta mana ada O?? cissss.. kesilapan berlaku rupa-rupanya 0... beza 0 dengan O... number and alphabet... mengelirukan..... so jawapan nya adalah no plate kereta Madam Faiz untuk dapatkan clue yang terakhir... AFQ **40... hahaha..

Seronok hari ini, fun sebab dapat buat aktiviti outdoor.. macam2 perangai... hahahaha~


Yang tengah2 tuh madam faiz~

Tangan tuh tangan akuh.. hahaha~

walaupun penat masa explorace tuh sampai basah lencun laa jgk tudung and badan (hyperbola)
.. hahaha~ tapi besh... have a great day today.. =) thanx...

Monday, August 15, 2011

journey to terengganu part 1



Assalamualaikum..
aii..=) last weekend aku dengan kawan2 telah pulang ke kampung member di terengganu..
tapi sebelum itu ada al-kisah. Before gerak ke terengganu.. hehe.. maaf laa kepada shaqila sebab apa yang di plan tak menjadi.. hehe... sebab nya sebelum plan nak ke terengganu ingat kan nak ke ipoh.. pergi bazar yang dekat dengan GM and stadium.. =)

then, aku diundang oleh nurul budak terengganu untuk pulang berpuasa bersama family nya di terengganu.. cehh, skema! haha~.
kitorang balik sekali dengan alya sebab jimat and sekali jalan jerk nak g terengganu..
kitorang pergi 4 orang, fairuz, alya, nurul and aku..

gerak dari rumah pukul 3 and sampai kat kelantan dalam pukul 7.00 or 8.00 mlm kot.. aku pon tak sure sangat. Malam 2 stay kat rumah alya kat kelantan and cerita pasal stay kat rumah alya.. aku nak ucap kan takziah pada family beliau sebab telah kehilangan nenek.. kebetulan yang kitorang balik means on the way balik kelantan alya dapat berita nenek dia meninggal dan selepas hantar fairuz ke tempat yang sepatutnya kami terus ke rumah nenek alya..

TAKZIAH ALYA....

Al-Fatihah




Tuesday, August 9, 2011

forgive and forget

Assalamualaikum...

aii.. arini ak nan kawan2 berbuka puasa kat luar.. kalau tak silap aku nama kedai tu zaliza...
o0o0pppss maaf silap zalila nama kedai tu.. hahaha~
name nak dekat2 dengan nama aku tapi services macam haram... huh..
kesabaran sedang melanda dengan harapan aku tak nak makan lagi kat kedai tuh...
serious.. geram.. tapi yang buat seronok when we are together have our juadah berbuka puasa... waa...

tak cukup dengan dugaan diatas aku dengan few of my friends which is nurul, qila, and masz tak boleh masuk kelas tadi pagi.. sebab terlewat tak sampai 5 minit.. cis.. dugaan betol.. tapi tak pe laa seseungguhnya aku dan kawan2 sedang berpuasa...

so apa kena mengena dengan forgive and forget?
hehehe... as human being there many thing we done and there must be a mistake... same goes to others people tapi jangan nak melampau pula kn? haha~..
so lets forgive and forget other people.. sebab seingat aku kalau kita maafkan orang lain kebahagiaan @happiness will come to us..

disebab kan sering memikirkan perkara yang tak sepatutnya aku pon memilih untuk mem"busy" kan diri aku dengan benda2 macam ni.. means? update blog laa apa lagi? hehehehe...
memang macam tak ada kerja padahal ada lagi work yang kena buat.. hahahahaha~
smile doesnt mean we are happy.. it show that we want to be happy.. =)



sebuk snap gambar lepas makan... hehehe~


Snap lagi.. =)


Ni snap sebelum waktu berbuka..


ramai kan? ada 21.. 2 orang tak datang sebab x sehat...


ni achoy.. masz kate dier comel.. ermmm... wateve! hahahaha~

Dalam kelas kitorang ada empat orang kaum adam yang dalam gambar tuh sorang and ada lagi 3.. triplet ni pemalu so.. ignore jerp.. hahahaha~
have a nice day...=)


Sunday, August 7, 2011

kalimah "LaillahaillAllah"



Assalamualaikum...
hye... aku nak share apa yang aku baca dalam blog orang lain and disebabkan aku x tau nak olah ayat aku just copy and paste sahaja...=)

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.

Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.

Apabila perintah itu diberitahu
kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah.

Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.

Maka dengan segera
mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu.

Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


p/s: Sampaikan lah walaupun sepotong ayat.

buka puasa





asslamualaikum..

hye.. banyak pula idea aku nak update blog ni hari ini.. maybe sebab hari ni aku rajin kot.. huahuahua~... semalam.. bersamaan 6 ramadhan kami di hidang kan oleh wany dan yuyu aka aina.. hehehe juadah berbuka puasa.. sedap...
orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.. itulah yang aku praktik kan selama ni.. cewah.. hahaha~

terima kasih kepada wany yang masakkan sayur campur while yuyu masak kari ayam tanpa santan... aku tak pernah makan macam tu sebab mak aku biasa masak mesti ada santan.. tp.. still best jgk.. mekaseh kawan2.. mekaseh juga pada pembuat air iaitu nurul.. hahaha~ (gelak jahat~)..tapi semalam qila tak ada sebab dia pergi berbuka bersama insan tersayang.. =).. huhu~

aku tak ada gamba tapi aku post je laa juadah berbuka kami semalam...


sayur campur

ice lemon tea


ayam kari

wahh.. perut ni da bunyi keroncong la pula.. haha baru pukul 12.48 ni.. so, macam mane?
hari ni buka apa pula? hehehehe~

k Pop



Assalamualaikum..

aii.. hehehe.. kpop aka korea pop.. famous sekarang ni.. ramai laa yang layan termasuk laa aku. bukan setakat lagu jer yang best (certain-certain lagu jer) tapi band and artis-srtis diorang pon kiut and hensem hahaha~..

kalau cerita pasal kpop aku teringat one of my lecturer yang pindah ke kpm_ yang aku tak sure.. haha~ nama dier en syed (bukan nama sebenar).. beliau adalah lecturer yang berbadan agak chubby laa.. orang kata orang macam ni hati kecil.. hehe.. yealaa kot.. macam adik aku.. cakap sikit nak touching.. cubit pipi kunk.. hahahahahaha~ (dalam version miss famili)..

hari2 terahir beliau mengajar kami2.. subject authoring.. alaa.. yang ada kaitan dengan animation (in another terms aku lupa nama penuh subject 2.. ciss haha~).. beliau gemar melawak dengan kitorang pasal kpop.. memang lawak laa.. so bile sebut kpop mesti ingat kt beliau..



saja2 jer nak letak ni.. kenapa aku gelak bila post kpop? sebab aku memang teringat lecturer aku 2... tp .. kata tak layan tak ley blah juga sebab "die" yang post lagu tu... ngagagaga~ so lagu apa laa yg "dier" post tu?


girls don't know by FtIsland~



sometimes guys also dont know.. so watever.. =)

Sem last

Assalamualaikum..
haii... sem last dah aku kat perak ni.. (KPMSI).. macam-macam perkara yang jadi dekat sini..
secara langsung dan tak langsung.. pahit manis.. suka duka... itulah hidup aku di perak ni...
padahal kat tempat lain pun nanti sama jer.. hahaha~

hari ini aku update blog ni pada hari ahad, 7 ogos 2011 bersamaan 7 ramadhan.. sekejap je da seminggu da aku berpuasa.. sempena bulan yang mulia ni aku harap sangat banyak perubahan dalam hidup aku dan aku dah rasa satu perubahan tu.. satu perubahan yang aku tak sangka aku buat.. hehe~ (aku x tau laa aku patut suka atau sedih ...).

memang bulan ramadhan ni mengajar aku banyak hal.. salah satu nya sakit... dugaan dan ujian bulan puasa..demam, batuk dan selesema... menjadi satu.. hehe.. maka kesabaran itu memang penting.. =)

KENAPA ALLAH UJI KITA?

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Diamengetahui orang-orang yang dusta.

Al-ankabut (29) 2-3








MACAM MANA NAK HADAPI DUGAAN/UJIAN?

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Al lah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penyayang

Azzumar (39) 53

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya..
Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...